Kelebihan Virtual Credit Card

Thursday, January 7, 2010

Assalamualaikum..Terima Kasih buat rakan-rakan yang sudi melawat ke Blog ini..Salam Perkenalan dari saya.. Kepada rakan-rakan yang selalu menggunakan internet untuk mencari maklumat-maklumat terkini, tidak kurangnya yang selalu berchatting untuk menambah kenalan baru ape kate kita mengorak satu lagi langkah iaitu Kita menggunakan rangkaian Internet ini sebagai Salah satu sumber pendapatan sampingan kita...YA ! Tidak salah kalau mencari rezeki lebih..tetapi adakah kita tahu bagaimana caranya...Mengapa kadang-kadang kita tidak pernah terfikir yang kita ini sememangnya MAMPU menjadi seorang yang berjaya dengan menggunakan rangkaian Internet..Tetapi AWAS!  Elakkan dari tertipu dan di anayia oleh Kumpulan-kumpulan yang mengambil kesempatan ke atas orang lain seperti Penjenayah Cyber..

Buat rakan-rakan yang pernah melawati laman web seperti E-Bay, Pay Pal dan sebagainya adakah Rakan-rakan tahu bagaimana ingin menggunakan perkhidmatan tersebut..semestinya yang mempunyai credit card akan terus boleh membeli belah di internet tanpa mempunyai masalah..tetapi adakah itu satu langkah yang selamat..

Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan dari penipuan internet..Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah tentang VCC atau Virtual Credit Card.."VCC adalah singkatan bagi Virtual Credit Card. Ia membawa maksud Kad Kredit Maya secara umumnya. Bagi kebanyakan orang yang biasa dengan sistem jual beli di internet agak biasa dengan VCC. Mereka menggunakan VCC dengan pelbagai tujuan.VCC dan kad kredit/debit sebenar tiada banyak perbezaan dari segi kegunaannya. Anda perlu faham bahawa VCC ialah kad maya. Bukan kad fizikal yang nyata. Oleh itu kegunaannya tentulah terhad untuk kegunaan maya sahaja.VCC atau virtual credit card sebenarnya tidak sama lansung dengan kegunaan sebenar kad kredit. Ya…tak sama lansung. Kenapa begitu ? VCC yang diisu kan di seluruh dunia lebih berkonsepkan kad debit. Kad debit umpama prepaid card. Anda top up dan guna sehingga amaun yang di top up sahaja. Sedangkan kad kredit umpama post paid plan. Anda akan guna dahulu dan bayar kemudian. Sungguhpun begitu, istilah VCC tetap digunakan secara menyeluruh walaupun konsepnya agak berbeza. VCC yang dikeluarkan terhad kepada amaun yang dimasukkan dalamnya. Jadi tidak ada istilah anda meminjam wang di sini. Sebaliknya anda akan menggunakan wang yang telah pun anda masukkan dalam kad tersebut".petikan dari EBOOK panduanVCC.

Oleh itu, VCC adalah salah satu cara bagaimana untuk anda membeli belah dan membuat perniagaan di Internet dengan lebih selamat. Untuk memahami dengan lebih lanjut..boleh lah melayari PanduanVCC di laman blog saya dan di situ anda akan mempelajari lebih mendalam lagi tentang bagaimana cara menjana pendapatan di Internet dan juga bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak berbelanja menggunakan kaedah Virtual Credit Card.



0 comments:

Post a Comment